Posts

A+ babyland

Image
Sejak habis pkp semakin banyak taman permainan indoor ni. Kalau pergi dekat pusat beli belah memang akan ada paling sedikit satu taman permainan di situ. Acik tengok ada tiga permainan yang disediakan dalam pusat beli belah di Aeon klebang iaitu kidzoona, fantazia dan A+ babyland. Apa yang menangkap mata acik ni adalah taman permainan A+ babyland. Tak pernah acik dengar nama taman ni mungkin sebab baru. Jadi acik pon pergi meninjau taman permainan tu. Makin acik dekat dengan taman tu makin acik terkejut. Taman permainan tu tinggi sampai paras tingkat dua. Bagi yang gayat tu anda tidak digalakkan masuk tetapi jika mahu mencuba apa salahnya. Ini ada beberapa lampiran gambar taman permainan tersebut. Keadaan taman permainan A+ Babyland. Suasana pada hujung minggu. Harga masuk sini berbeza mengikut cawangan yang mereka ada. Makin besar playground tu makin mahal sedikit harganya. Bagi acik agak berpatutan kerana bermain di sini tiada masa terhad iaitu sekali masuk (per entry). Hari biasa...